Assalamualaikum, selamat hari Khamis.
Hari ni, Malaysia cuti tapi tak cuti.
Eh?
Hari ni dalam kalendar, Awal Muharam.. Kaler kuning, maknanya cuti umum la kan. Tapi YB kerja. Cuti dibawak ke esok, hari Jumaat. Mungkin untuk mengelakkan perkerja mengelat datang kerja esok la kot. Kikiki.
So esok tahun baru la kan?
Yeayyy!!! Jom pasang azam & niat & semangat untuk tahun baru. Tak payah nak tunggu Januari nanti baru nak berubah. Kita orang Islam, cuba la ikut kalendar Islam sama. Jangan time nak raya dengan puasa ja korang ikut kalendar Islam. Hmmm.
Ciksri dah pasang niat & azam.
Tahun 1439 Hijrah ni, ciksri nak mula menulis blog.
Ya, ciksri pernah menulis blog lebih kurang 10 tahun lepas. But it was ssoooo lame. Pasal maggi cintan perisa kari terlebih air. Eh.
Kali ni, ciksri nak buat blog yang bermanfaat. Bila orang search kat google, biaq la naik apa yang ciksri dok beletiaq ni. Mana nak tau, apa yang ciksri tulis ni, boleh diguna pakai oleh orang lain. Manfaat pada dia, moga Allah beri pahala pada ciksri. Aminnn.
Hoi panjangnya beletiaq. Bila nak start ni. Kekeke.
Ok jom kita tengok, apa 4 benda WAJIB ada pada setiap blog. Letas cekidaut!
1. About Page
Pengenalan. Pasal blog, pasal diri kita.
Kenapa kena tulis pengenalan ni? Tak boleh ka jadi anonymous ja? Jawapannya TAK BOLEH! Sebab manusia ni sifat dia kepochi. Nak nak pulak orang perempuan. Mesti nak kena tahu, nak kena selidik.
Ala, tak suka la nak share kat orang, ni kan privacy kita. Jangan la hang pi share benda yang peribadi tu... Bagitau la kita ni sapadia, dah kawen ka belom, dah berapa orang anak, mak jenis singa ka jenis kucing, kerja apa, benda benda basic tapi mencuit hati. Hang jangan nak skema teruk. Buat personal connection dengan reader kita.
Lepas tu gambar. Sila letak gambar yang manis dipandang. Gambar selfie ka, gambar kawen ka, gambar bercuti ka. Sebabnya, itu menandakan kita ni orang asli. Eh. Hmmm... Macam mana nak cakap bukan orang buatan ye?
Blog purpose. Blog kita ni mengenai apa? Benda apa yang selalu kita tulis? Kenapa kita start buat blog? Cer bagi reader tu hint sikit. Pasal masakan, resepi buat kek lava viral ka. Pasal mekap, cara lukis kening firaun ka. Pasal melancong, menabung 10 tahun untuk pergi korea ka. Bila reader baca purpose kita, dia boleh expect dah apa yang dia boleh cari atau jumpa kat sini. Lepas ni comfirm dia mai lagi sebab dia nak cari resepi cucor viral pulak.
2. Social Media Links / Follow Buttons
Bila reader suka dengan apa yang dia baca, dia mesti nak follow atau like kita. Sebab apa, sebab kita dah bagi something kan dekat dia. Katalah resepi kek lava kita tu dia try buat dan sedap, comfirm dia nak like fb kita. So lepas ni bila kita tulis pasal resepi lain and share link kat fb, akan naik la kat newsfeed dia. Haaaa nampak tak game dia?
Hang letak ja semua akaun social media hang kat sidebar ka, header ka, footer ka. Janji dia nampak, dia klik. Benda free, buat jaaaa.
3. Social Media Sharing Buttons
Sapa yang selalu baca blog, perasan tak ada buttons untuk share? Alaaaa yang macam ikon ja tu. Ada ikon f (fb), ikon burung (twitter), ikon P (pinterest). Haaaa benda ni penting tau. Katalah dia punya suka dengan entry pasal Tanggungjawap Suami Kepada Isterinya, dia nak share kat fb la bagi laki dia baca. Tup tup, tak dak buttons untuk share. Naaaahhh frust la dia. Takkan nak suruh laki dia baca kat page IIUM Confession kot.. Entah betoi ka tidak la pengakuan tu.
Penting tau buttons ni. Kita nak orang share cerita kita, kita mesti mudahkan kerja dia dulu. Bak kata pepatah, kalau kita tak mampu senangkan dia, jangan pulak kita pi menyusahkan dia. Hmmm macam tak match ja.
4. Email Opt-In
Pernah tak, masuk blog best best macam blog DAO ka, dia keluar box minta emel address kita? Ok fine tak pernah masuk. Zalora mesti hampa pernah masuk kan? Kan dia keluar box, suruh kita subscribe free dengan bagi emel address.
Haaa tu la email opt-in. Dia ambik emel address kita, dia simpan. Nanti bila bila ada entry baru, dia akan hantar emel kat kita. Baru la kita tak terlepas baca.
Bagus kan taktik ni? Ciksri pun nak try lah. Selama ni ciksri dok subscribe kat blog pasal babies, pregnancy, sebab nak tahu progress atau update pasal pregnancies. Ha sampai macam tu lah. Lepas ni kita pulak buat.
Ok dah la dulu untuk first entry ni. First time blog pakai handphone sebab nak tidorkan Mikael. Ha la kalau dia tak tidor, hang ingat idea boleh mencurah ka dengan dia dok buat sepah satu rumah. Ok bukan buat sepah. Dia cuma menunjukkan bahawa dia seorang budak yang aktif, sihat dan ingin mencuba deko rumah ni. Alhamdulillah.
Kalau korang rasa entry ni bermanfaat, silakan share ok. Biar ramai lagi dapat manfaat lepas ni. Terima kasih.
☺ #millionairemommy